ASSIGNMENT TU PENTING. TAPI IBU LEBIH PENTING.
Alhamdulillah.. hari
ni sudah pun 16 hari kita menjalani ibadah puasa pada tahun ni.
Alhamdulillah juga kerana saya masih lagi berkesempatan oleh Allah S.W.T untuk
menulis lagi dalam blog ni.. Semoga tulisan-tulisan saya dapat menjadi suatu
yang memberi manfaat kepada sahabat semua dan juga saya sendiri. InsyaAllah… J
Minggu ni dah masuk minggu ke
tujuh semester 3. Minggu yang agak busy la jugak. Banyak assignment dan
presentation yang perlu dibuat dan dibentang. Walaupun assignment masih
lagi menimbun, tapi saya tetap jugak nak tulis entri ni... semoga dapat memberi
manfaat. Oh ye, saya jugak sekarang tengah busy untuk cari maklumat nak
buat informative website bagi subjek Computers and Writing. Cari
punya cari tajuk yang nak dibuat website, last-last saya pilih
untuk buat pasal Pulau Langkawi! Hehe….. Sebenarnya salah satu sebab saya pilh
tajuk ni sebab Langkawi tu kan sebahagian dari negeri asal saya… So, mungkin
boleh jadi tribute jugak untuk negeri kelahiran saya dan sebagai menunjukkan
rasa cinta kepada negeri saya.. hihi.. /(^0^)/
Bila saya cari maklumat pasal
Langkawi untuk buat assignment tu, baru saya tahu ada banyak sangat
tempat-tempat menarik kat Langkawi tu. Terutama sekali tempat-tempat yang natural
macam pantai-pantai, pulau-pulau, gua dan macam-macam lagi.. Memang sesuai
sangat kepada sahabat-sahabat yang merupakan pencinta alam tu. Lagi satu, untuk
pengetahuan sahabat semua, sebenarnya di keliling Pulau Langkawi tu ada 104
buah pulau-pulau kecil yang lain. Bukannya 99 tau, macam yang selalu orang
cakap tu. 99 tu cuma gimik saja. So, tunggu apa lagi, cepat la ajak family
bercuti kat Langkawi bila-bila berkesempatan nanti. (sempat lagi promote..
n_n)
Sebenarnya, banyak lagi assignment
yang lain. Presentation pun banyak. Kadang-kadang, bila dah banyak
sangat kerja nak kena buat, kita akan rasa stress sangat kan..? Antara sahabat
semua, ada tak yang macam tu? Jangan la stress-stress.. Saya pun mula-mula
agak stress jugak. Tambah pula ada yang mengata dan membuat fitnah bila
saya balik rumah walaupun ada kerja group nak dibuat minggu tu. Memang
saya agak sedih tapi takpe, hanya Allah saja yang tahu kenapa saya balik. So,
berani kerana benar!
Kalau sahabat ada rasa stress
bila banyak sangat kerja yang perlu dibuat, jangan terus mengeluh.. Teruskan
buat kerja dan kalau rasa macam nak putus asa… minta lah pertolongan. Tahu tak
minta pertolongan dari siapa? Mungkin ada antara sahabat yang menjawab minta
tolong dari kawan, lecturer, family atau macam-macam lagi kan..? tapi,
percayalah.. kepada siapa pun kita minta tolong, semua tu adalah pertolongan
dari Allah sebenarnya. Yang dihantar melalui perantara manusia di sekeliling.
Jadi, pertama sekali yang perlu kita minta tolong adalah dari Allah. J
Saya ada satu kisah yang nak dikongsikan
di sini sebenarnya. Kisah tentang seorang student universiti berdekatan
dengan Kuala Lumpur. Siti nama dia. Siti ni stress sangat dengan segala assignment
dia yang dah macam Gunung Everest tu. Ada yang individu dan ada jugak yang group
assignment. Kebetulan pulak minggu tu adalah minggu yang sangat padat
dengan presentation, hantar assignment dan yang paling besar
sekali assignment dia adalah assignment kumpulan : High-Technology
Skycraper. Siti dan coursemate dia kena bina satu bangunan
prototaip. Bangunan pencakar langit berteknologi tinggi.
Memang sepanjang beberapa minggu
tu, Siti dan coursemate dia yang lain sangat busy dengan assignment
yang kiranya paling agak mencabar tu. Sampaikan hujung minggu pun dah tak macam
hujung minggu. Semua group busy dengan perjumpaan untuk siapkan assignment
tu.
Tiba-tiba, satu hari Siti dapat
tahu yang ibu dia tak berapa sihat dan sekarang kakak Siti yang jaga ibu mereka
kat rumah kakak dia tu. Kat Seremban. Siti rasa risau sangat dengan keadaan ibu
dia. Sebenarnya, ibu Siti tu memang dah lama pun sakit. Tapi sebelum ni, Siti
tak dapat nak balik tengok sebab ibu dia ada kat rumah kat kampung. Jauh dari KL.
Kat utara semenanjung. Jadi, susah untuk Siti selalu balik tengok keadaan ibu
dia. Tapi sekarang ni, keadaaan berbeza.
Ibu dia ada dekat. Dekat dengan
KL. Lebih kurang sejam lebih nak ke Seremban tu dari KL. So, Siti fikir,
mungkin kali ni Allah beri peluang untuk dia jenguk ibu dia. Siti sayang sangat
ibu dia. Siti tahu betapa besarnya pengorbanan ibu dia yang membesarkan dia dan
adik-beradiknya yang lain selama ni dalam keadaan keluarga yang agak susah
semasa mereka semua masih lagi kecil dulu. Siti memang nak sangat jaga ibu dia
tapi dia tahu dia perlu sambung belajar walaupun jauh dari rumah ibu dia, sebab
dia tahu semua tu dia buat untuk balas jasa ibu dia jugak. Untuk bantu
kehidupan ibu dan keluarga dia.
Siti pun buat keputusan untuk
balik ke rumah kakak dia di Seremban. Alang-alang dah dekat kan. Kalau ibu dia
tengah sakit dekat kampung, mungkin susah untuk dia balik. Tapi sekarang ni dah
ada dekat, jadi Siti pun nekad untuk balik ke rumah kakak dia pada hujung minggu
tu. Siti tahu dia ada banyak assignment yang perlu dia siapkan, tapi
pada masa tu, bagi dia ibu yang tak sihat tu lebih penting daripada segala assignment
dia. Kerana bagi Siti, dia hanya ada ibu dia dan keluarga dia je dalam dunia
ni. Selain Allah dan Rasul.
Tapi, sebelum dia balik, dia dah
pun buat assignment kumpulan yang lain. Antaranya untuk subjek Literature
: The Rocking Horse Winner. Cuma dia tak dapat nak buat apa-apa untuk
assignment High-Tech. Skycraper dia tu. Sebab assignment tu lebih
senang kalau berjumpa face to face dengan ahli kumpulan dia. Tapi
sayangnya dia perlu balik dan tak dapat hadir ke discussion kumpulan dia
hujung minggu tu. Siti pun balik dan dia langsung tak beritahu siapa pun kenapa
sebabnya dia balik.
Bila dah habis hujung minggu tu
dan Siti pun dah pulang ke kolej, macam-macam fitnah dan cacian dilemparkan
kepada dia. Kawan-kawan dia semua cakap yang Siti ni balik saja-saja,
seronok-seronok.
“Assignment group pun dia
tak buat.”
“ Orang lain pun nak balik jugak
tapi boleh je sabar, siapkan assignment dulu. “
Siti rasa sedih sangat. Dah la
ibu tengah tak sihat. Lepas tu dituduh balik sebab saja-saja. Padahal Siti
balik sebab nak jenguk ibu dia. Tak cukup dengan kesedihan dengan keadaan ibu
dia tu, ditambah pula dengan caci maki dari kawan-kawan dia. Cuba kalau sahabat
yang ada di tempat Siti, apa yang sahabat akan rasa? Rasa macam nak keluarkan larva
yang menggelegak? Atau bersabar?
Sampaikan ada yang
beritahu lecturer, pasal Siti tu balik, padahal ada assignment
penting yang perlu dibuat. Sebab tu assignment untuk subjek lecturer
yang bukan Islam tu. Jadi, memang tak salah lah untuk lecturer tu tegur.
Cuma Siti agak terkilan. Sampai hati ada orang mengata dia. Kalau benda tu
betul takpe, ni langsung tak betul. Dah la bukan coursemate je yang
mengata Siti, lecturer pun sama.
Tapi, Siti tetap sabar dengan
segala tanggapan orang tu terhadap dia. Sebab dia tahu, berani kerana benar.
Allah sentiasa ada bersama orang yang teraniaya.
Siti rasa sedih sangat sampaikan
dia menangis berhari-hari. Paling dia terkilan ahli kumpulan dia untuk subjek Literature
tu langsung tak hargai kerja yang dia dah buat. Siti buat email baru
semata-mata untuk assignment tu. Siti jugak buat akaun prezi baru
semata-mata untuk subjek tu. Tinggal sikit je lagi untuk dia habiskan. Siti
bukan saja buat bahagian dia, tapi Siti buat lebih dari apa yang dia patut buat
untuk assignment tu. Tapi, ahli kumpulan dia sorang pun tak hargai.
Mungkin mereka marah pada Siti sebab balik hari tu sebab mereka tak tahu sebab
sebenar Siti tu balik. Tapi, kalau ye pun, kenapa perlu marah Siti? Siti
bukannya tak buat kerja, tapi dia buat lebih dari apa yang dia patut buat. Sama
la jugak dengan assignment Journal Analysis tu. Siti dah buat lebih sepuluh
muka surat sedangkan ahli kumpulannya lagi tiga orang tu cuma buat 3-4 muka
surat je setiap sorang. Siti memang agak terkilan jugak dengan perbuatan mereka
tu. Dah la yang dia buat untuk assignment Licterature dia tu langsung
tak dihargai, assignment Journal Analysis pun dia yang buat banyak,
lepas tu kena mengata pula dengan ahli kumpulan assignment Skycraper dia
tu. Sahabat semua kasihan tak dengan Siti?
Tapi Siti buat tak tahu je dengan
orang yang mengata dia tu. Sebab dia tahu Allah sentiasa berada bersama dengan orang
yang benar. Dan yang paling penting lagi:
Allah sentiasa tolong
orang yang teraniaya!
Sahabat, memang perit sangat
rasanya bila apa yang kita buat langsung tak dihargai. Lebih perit lagi bila
ada yang melemparkan fitnah, cacian dan makian. Tapi percayalah sahabat, setiap
apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Langit tak selalunya cerah. Kadang-kadang
pasti akan diturunkan ujian untuk kita, hamba-Nya yang kerdil ini. Yang
sentiasa bergantung pada-Nya. Jadi, kalau rasa diri ataupun sumbangan sahabat
tak dihargai, atau dicaci maki dan difitnah, janganlah sahabat terus bersedih.
Mintalah kepada Allah agar diberi kekuatan untuk hadapi segala ujian yang
diturunkan tu. Mintalah kepada-Nya, insyaAllah Dia perkenankan. Lebih-lebih
lagi, doa orang yang teraniaya sentiasa dimakbulkan! InsyaAllah..
Tapi kan sahabat, kita juga
janganlah sentiasa rasa ingin dihargai. Kita juga haruslah cuba untuk menghargai
orang lain. Cuba sahabat check balik diri sahabat tu. Ada tak ciri-ciri
orang yang tak tahu menghargai? Sahabat nak tahu tak apa ciri-ciri tu?
1. Tak pernah tahu untuk
mengucapkan terima kasih.
2. Tak pernah berpuas hati dengan hasil kerja orang lain
(macam kawan Siti tadi)
3. Tak pernah percayakan orang lain.
4. Suka membangga diri dan meninggi diri.
5. Riak, rasa diri hebat berbanding orang lain.
6. Suka marah orang lain walaupun individu itu tak bersalah
(pun macam kawan Siti tu jugak)
7. Meletakkan kesalahan di bahu orang lain.
8. Suka mendapat pujian atas usaha orang lain.
9. Suka mencari kesalahan orang lain walau pun kesalahan kecil,
dibesar-besarkan.
10. Sukar menerima pendapat dan
pandangan orang lain.
Kalau dalam diri sahabat ada
ciri-ciri tu, cuba lah sahabat semua format balik diri sahabat. Tapi,
saya tahu sahabat semua baik-baik kan. Takde antara sahabat yang ada ciri-ciri
tu kan? InsyaAllah.. J
Jadi, kesimpulannya sahabat, kita
mestilah sentiasa menghargai orang lain. Dan, kalau kita tak tahu sebab sebenar
seseorang tu melakukan sesuatu tu, janganlah kita terus saja salahkan orang tu
dan menuduhnya yang bukan-bukan. Jangan kita nak mengata orang tu sebelum kita
selidik dulu sebab sebenar dia buat macam tu. Macam kes Siti tadi tu la. Tapi,
tentang wujud ke tak Siti tu dan kebenaran cerita tu, biarlah Allah saja yang
tahu. Yang penting kisah ni dapat dijadikan pengajaran kepada kita semua.
Saya hargai sangat sahabat semua.
Dan saya sayang sahabat semua sebab sahabat semua pun saudara seIslam saya.
Kita semua bersaudara. So, tak nak la ada yang jadi macam kawan-kawan Siti tu
ek?
Kita saling menghargai dan menghormati boleh? Peace!


