Wednesday, 9 October 2013

Doa Supaya Orang Menghormati dan Dicintai Oleh Sekalian Manusia


Dalam hidup ni, mestilah kita nak sentiasa disayangi orang kan... Betul tak sahabat semua? Jadi, kalau sahabat nak disayangi oleh orang lain (InsyaAllah), bolehlah amalkan ayat di bawah ni: Surah Al-Anfal ayat 62-63, diamalkan setiap kali selepas solat fardhu. Tapi, lebih elok jika dibacakan selalu agar sentiasa sebati dalam diri kita. Semoga kita semua sentiasa disayangi dan menyayangi J




Maksudnya :
Ayat 62 : Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dialah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman.



Ayat 63 : Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Doa Supaya Suami/Isteri dan Anak yang Degil/Derhaka Kembali Ke Pangkal Jalan


Sahabat, jangan cepat berputus asa dan sentiasalah redha dengan ujian yang Allah berikan sekiranya sahabat mendapat suami, isteri atau anak yang mungkin tidak mendengar kata atau melampaui batas. Banyak ayat-ayat dalam Al-Quran yang dapat diamalkan agar suami, isteri atau anak yang telah melampaui abatas kembali ke pangkuan sahabat. Antaranya Surah Al-Imran ayat 200. Baca sekurang-kurangnya 3 atau 7 kali setiapa kali selepas solat sambil mengharapkan Allah SWT memberi hidayah kepada sahabat dan pasangan sahabat (InsyaAllah). Semoga kita semua memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat. 







Maksudnya :
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). 

Doa Melindungi Bayi dalam Kandungan


Kepada sahabat yang telah bergelar ibu-ibu yang kini sedang mengandung, ada satu doa yang baik diamalkan yang diambil dari Surah Al-Anbiya ayat 91-93. Bacalah selalu sehingga sahabat selamat bersalin nanti.

Semoga bayi sahabat dijauhkan dari perkara yang tidak diingini, dikurniakan anak yang soleh dan taat akan perintah Allah SWT. Amin...









Maksudnya :
Ayat 91 : Dan (sebutkanlah peristiwa) perempuan yang telah menjaga kehormatan dan kesuciannya; lalu Kami tiupkan padanya dari Roh (ciptaan) Kami, dan Kami jadikan dia dan anaknya sebagai satu tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi umat manusia.

Ayat 92  :  Sesungguhnya ugama Islam inilah ugama kamu, ugama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka sembahlah kamu akan Daku.

Ayat 93  : (Kebanyakan manusia masih berselisihan) dan berpecah-belah dalam urusan ugama mereka; (ingatlah) mereka semuanya akan kembali kepada kami (untuk menerima balasan).

Doa Elak Bayi Terkena Sawan Tangis


Cara-caranya.

1. Tuliskan ayat ini di atas kertas dengan pen dakwat atau ball pen.

2. Sebelum sahabat memandikan bayi, rendamkan kertas yang telah dituliskan doa tersebut ke dalam air mandian bayi dalam bekas mandi itu.

3. Tunggu sehingga semua tulisan ayat-ayat tersebut hilang dalam air dan keluarkan kertas tersebut.

4. Sebelum memandikan bayi sahabat, selawatlah terlebih dahulu.


Inshaa Allah dengan usaha ini akan dijauhkan bayi sahabat dari terkena sawan tangis dengan keizinan-Nya. J










Maksudnya :
Mereka berkeadaan "muzabzab" (tidak mempunyai pendirian yang tetap) antara (iman dan kufur) itu mereka tidak berpihak terus kepada golongan (kafir) dan tidak pula berpihak kepada golongan (yang beriman). Dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka engkau (wahai Muhammad) tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya. 

Wednesday, 24 July 2013

ASSIGNMENT TU PENTING. TAPI IBU LEBIH PENTING.

Alhamdulillah.. hari  ni sudah pun 16 hari kita menjalani ibadah puasa pada tahun ni. Alhamdulillah juga kerana saya masih lagi berkesempatan oleh Allah S.W.T untuk menulis lagi dalam blog ni.. Semoga tulisan-tulisan saya dapat menjadi suatu yang memberi manfaat kepada sahabat semua dan juga saya sendiri. InsyaAllah… J


Minggu ni dah masuk minggu ke tujuh semester 3. Minggu yang agak busy la jugak. Banyak assignment dan presentation yang perlu dibuat dan dibentang. Walaupun assignment masih lagi menimbun, tapi saya tetap jugak nak tulis entri ni... semoga dapat memberi manfaat. Oh ye, saya jugak sekarang tengah busy untuk cari maklumat nak buat informative website bagi subjek Computers and Writing. Cari punya cari tajuk yang nak dibuat website, last-last saya pilih untuk buat pasal Pulau Langkawi! Hehe….. Sebenarnya salah satu sebab saya pilh tajuk ni sebab Langkawi tu kan sebahagian dari negeri asal saya… So, mungkin boleh jadi tribute jugak untuk negeri kelahiran saya dan sebagai menunjukkan rasa cinta kepada negeri saya.. hihi.. /(^0^)/


Bila saya cari maklumat pasal Langkawi untuk buat assignment tu, baru saya tahu ada banyak sangat tempat-tempat menarik kat Langkawi tu. Terutama sekali tempat-tempat yang natural macam pantai-pantai, pulau-pulau, gua dan macam-macam lagi.. Memang sesuai sangat kepada sahabat-sahabat yang merupakan pencinta alam tu. Lagi satu, untuk pengetahuan sahabat semua, sebenarnya di keliling Pulau Langkawi tu ada 104 buah pulau-pulau kecil yang lain. Bukannya 99 tau, macam yang selalu orang cakap tu. 99 tu cuma gimik saja. So, tunggu apa lagi, cepat la ajak family bercuti kat Langkawi bila-bila berkesempatan nanti. (sempat lagi promote.. n_n)


Sebenarnya, banyak lagi assignment yang lain. Presentation pun banyak. Kadang-kadang, bila dah banyak sangat kerja nak kena buat, kita akan rasa stress sangat kan..? Antara sahabat semua, ada tak yang macam tu? Jangan la stress-stress.. Saya pun mula-mula agak stress jugak. Tambah pula ada yang mengata dan membuat fitnah bila saya balik rumah walaupun ada kerja group nak dibuat minggu tu. Memang saya agak sedih tapi takpe, hanya Allah saja yang tahu kenapa saya balik. So, berani kerana benar!


Kalau sahabat ada rasa stress bila banyak sangat kerja yang perlu dibuat, jangan terus mengeluh.. Teruskan buat kerja dan kalau rasa macam nak putus asa… minta lah pertolongan. Tahu tak minta pertolongan dari siapa? Mungkin ada antara sahabat yang menjawab minta tolong dari kawan, lecturer, family atau macam-macam lagi kan..? tapi, percayalah.. kepada siapa pun kita minta tolong, semua tu adalah pertolongan dari Allah sebenarnya. Yang dihantar melalui perantara manusia di sekeliling. Jadi, pertama sekali yang perlu kita minta tolong adalah dari Allah. J


Saya ada satu kisah yang nak dikongsikan di sini sebenarnya. Kisah tentang seorang student universiti berdekatan dengan Kuala Lumpur. Siti nama dia. Siti ni stress sangat dengan segala assignment dia yang dah macam Gunung Everest tu. Ada yang individu dan ada jugak yang group assignment. Kebetulan pulak minggu tu adalah minggu yang sangat padat dengan presentation, hantar assignment dan yang paling besar sekali assignment dia adalah assignment kumpulan : High-Technology Skycraper. Siti dan coursemate dia kena bina satu bangunan prototaip. Bangunan pencakar langit berteknologi tinggi.


Memang sepanjang beberapa minggu tu, Siti dan coursemate dia yang lain sangat busy dengan assignment yang kiranya paling agak mencabar tu. Sampaikan hujung minggu pun dah tak macam hujung minggu. Semua group busy dengan perjumpaan untuk siapkan assignment tu.


Tiba-tiba, satu hari Siti dapat tahu yang ibu dia tak berapa sihat dan sekarang kakak Siti yang jaga ibu mereka kat rumah kakak dia tu. Kat Seremban. Siti rasa risau sangat dengan keadaan ibu dia. Sebenarnya, ibu Siti tu memang dah lama pun sakit. Tapi sebelum ni, Siti tak dapat nak balik tengok sebab ibu dia ada kat rumah kat kampung. Jauh dari KL. Kat utara semenanjung. Jadi, susah untuk Siti selalu balik tengok keadaan ibu dia. Tapi sekarang ni, keadaaan berbeza.


Ibu dia ada dekat. Dekat dengan KL. Lebih kurang sejam lebih nak ke Seremban tu dari KL. So, Siti fikir, mungkin kali ni Allah beri peluang untuk dia jenguk ibu dia. Siti sayang sangat ibu dia. Siti tahu betapa besarnya pengorbanan ibu dia yang membesarkan dia dan adik-beradiknya yang lain selama ni dalam keadaan keluarga yang agak susah semasa mereka semua masih lagi kecil dulu. Siti memang nak sangat jaga ibu dia tapi dia tahu dia perlu sambung belajar walaupun jauh dari rumah ibu dia, sebab dia tahu semua tu dia buat untuk balas jasa ibu dia jugak. Untuk bantu kehidupan ibu dan keluarga dia.


Siti pun buat keputusan untuk balik ke rumah kakak dia di Seremban. Alang-alang dah dekat kan. Kalau ibu dia tengah sakit dekat kampung, mungkin susah untuk dia balik. Tapi sekarang ni dah ada dekat, jadi Siti pun nekad untuk balik ke rumah kakak dia pada hujung minggu tu. Siti tahu dia ada banyak assignment yang perlu dia siapkan, tapi pada masa tu, bagi dia ibu yang tak sihat tu lebih penting daripada segala assignment dia. Kerana bagi Siti, dia hanya ada ibu dia dan keluarga dia je dalam dunia ni. Selain Allah dan Rasul.


Tapi, sebelum dia balik, dia dah pun buat assignment kumpulan yang lain. Antaranya untuk subjek Literature : The Rocking Horse Winner. Cuma dia tak dapat nak buat apa-apa untuk assignment High-Tech. Skycraper dia tu. Sebab assignment tu lebih senang kalau berjumpa face to face dengan ahli kumpulan dia. Tapi sayangnya dia perlu balik dan tak dapat hadir ke discussion kumpulan dia hujung minggu tu. Siti pun balik dan dia langsung tak beritahu siapa pun kenapa sebabnya dia balik. 


Bila dah habis hujung minggu tu dan Siti pun dah pulang ke kolej, macam-macam fitnah dan cacian dilemparkan kepada dia. Kawan-kawan dia semua cakap yang Siti ni balik saja-saja, seronok-seronok.


Assignment group pun dia tak buat.”

“ Orang lain pun nak balik jugak tapi boleh je sabar, siapkan assignment dulu. “


Siti rasa sedih sangat. Dah la ibu tengah tak sihat. Lepas tu dituduh balik sebab saja-saja. Padahal Siti balik sebab nak jenguk ibu dia. Tak cukup dengan kesedihan dengan keadaan ibu dia tu, ditambah pula dengan caci maki dari kawan-kawan dia. Cuba kalau sahabat yang ada di tempat Siti, apa yang sahabat akan rasa? Rasa macam nak keluarkan larva yang menggelegak? Atau bersabar?


Sampaikan ada yang beritahu lecturer, pasal Siti tu balik, padahal ada assignment penting yang perlu dibuat. Sebab tu assignment untuk subjek lecturer yang bukan Islam tu. Jadi, memang tak salah lah untuk lecturer tu tegur. Cuma Siti agak terkilan. Sampai hati ada orang mengata dia. Kalau benda tu betul takpe, ni langsung tak betul. Dah la bukan coursemate je yang mengata Siti, lecturer pun sama.



Tapi, Siti tetap sabar dengan segala tanggapan orang tu terhadap dia. Sebab dia tahu, berani kerana benar. Allah sentiasa ada bersama orang yang teraniaya.


Siti rasa sedih sangat sampaikan dia menangis berhari-hari. Paling dia terkilan ahli kumpulan dia untuk subjek Literature tu langsung tak hargai kerja yang dia dah buat. Siti buat email baru semata-mata untuk assignment tu. Siti jugak buat akaun prezi baru semata-mata untuk subjek tu. Tinggal sikit je lagi untuk dia habiskan. Siti bukan saja buat bahagian dia, tapi Siti buat lebih dari apa yang dia patut buat untuk assignment tu. Tapi, ahli kumpulan dia sorang pun tak hargai. Mungkin mereka marah pada Siti sebab balik hari tu sebab mereka tak tahu sebab sebenar Siti tu balik. Tapi, kalau ye pun, kenapa perlu marah Siti? Siti bukannya tak buat kerja, tapi dia buat lebih dari apa yang dia patut buat. Sama la jugak dengan assignment Journal Analysis tu. Siti dah buat lebih sepuluh muka surat sedangkan ahli kumpulannya lagi tiga orang tu cuma buat 3-4 muka surat je setiap sorang. Siti memang agak terkilan jugak dengan perbuatan mereka tu. Dah la yang dia buat untuk assignment Licterature dia tu langsung tak dihargai, assignment Journal Analysis pun dia yang buat banyak, lepas tu kena mengata pula dengan ahli kumpulan assignment Skycraper dia tu. Sahabat semua kasihan tak dengan Siti?


Tapi Siti buat tak tahu je dengan orang yang mengata dia tu. Sebab dia tahu Allah sentiasa berada bersama dengan orang yang benar. Dan yang paling penting lagi:
Allah sentiasa tolong orang yang teraniaya!


Sahabat, memang perit sangat rasanya bila apa yang kita buat langsung tak dihargai. Lebih perit lagi bila ada yang melemparkan fitnah, cacian dan makian. Tapi percayalah sahabat, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Langit tak selalunya cerah. Kadang-kadang pasti akan diturunkan ujian untuk kita, hamba-Nya yang kerdil ini. Yang sentiasa bergantung pada-Nya. Jadi, kalau rasa diri ataupun sumbangan sahabat tak dihargai, atau dicaci maki dan difitnah, janganlah sahabat terus bersedih. Mintalah kepada Allah agar diberi kekuatan untuk hadapi segala ujian yang diturunkan tu. Mintalah kepada-Nya, insyaAllah Dia perkenankan. Lebih-lebih lagi, doa orang yang teraniaya sentiasa dimakbulkan! InsyaAllah..


Tapi kan sahabat, kita juga janganlah sentiasa rasa ingin dihargai. Kita juga haruslah cuba untuk menghargai orang lain. Cuba sahabat check balik diri sahabat tu. Ada tak ciri-ciri orang yang tak tahu menghargai? Sahabat nak tahu tak apa ciri-ciri tu?


1. Tak pernah tahu untuk mengucapkan terima kasih.
2. Tak pernah berpuas hati dengan hasil kerja orang lain (macam kawan Siti tadi)
3. Tak pernah percayakan orang lain.
4. Suka membangga diri dan meninggi diri.
5. Riak, rasa diri hebat berbanding orang lain.
6. Suka marah orang lain walaupun individu itu tak bersalah (pun macam kawan Siti tu jugak)
7. Meletakkan kesalahan di bahu orang lain.
8. Suka mendapat pujian atas usaha orang lain.
9. Suka mencari kesalahan orang lain walau pun kesalahan kecil, dibesar-besarkan.
10. Sukar menerima pendapat dan pandangan orang lain.


Kalau dalam diri sahabat ada ciri-ciri tu, cuba lah sahabat semua format balik diri sahabat. Tapi, saya tahu sahabat semua baik-baik kan. Takde antara sahabat yang ada ciri-ciri tu kan? InsyaAllah.. J


Jadi, kesimpulannya sahabat, kita mestilah sentiasa menghargai orang lain. Dan, kalau kita tak tahu sebab sebenar seseorang tu melakukan sesuatu tu, janganlah kita terus saja salahkan orang tu dan menuduhnya yang bukan-bukan. Jangan kita nak mengata orang tu sebelum kita selidik dulu sebab sebenar dia buat macam tu. Macam kes Siti tadi tu la. Tapi, tentang wujud ke tak Siti tu dan kebenaran cerita tu, biarlah Allah saja yang tahu. Yang penting kisah ni dapat dijadikan pengajaran kepada kita semua.


Saya hargai sangat sahabat semua. Dan saya sayang sahabat semua sebab sahabat semua pun saudara seIslam saya. Kita semua bersaudara. So, tak nak la ada yang jadi macam kawan-kawan Siti tu ek? 

Kita saling menghargai dan menghormati boleh? Peace!


Tuesday, 9 July 2013

KU TEMU KELEBIHAN DI SEBALIK KEKURANGAN

Catatan ini saya coretkan bukan untuk membangga diri.. bukan untuk meninggi diri.. malah bukan untuk membuatkan mereka terasa.. tetapi hanya sekadar mengingatkan sahabat semua serta saya sendiri.. tentang pentingnya kita untuk sentiasa berfikiran positif dalam setiap kekurangan yang diberikan Allah kepada kita……


Sekarang dah masuk minggu ke lima semester 3. Semakin hari, semakin banyak assignment dan presentation.  Dalam minggu ni pula semua course mates saya  sedang sibuk untuk menyiapkan assignment berkumpulan seterusnya  bagi subjek Business English..  Bagi kumpulan saya, hari ni adalah kali pertama discussion untuk assignment tersebut di salah sebuah bangunan di kampus lama. Kebetulan semasa saya dan ahli kumpulan saya sedang membuat discussion tersebut, hujan turun dengan lebat sekali.. 


 Alhamdulillah, setelah discussion tersebut berakhir dan semasa saya serta ahli kumpulan saya hendak pulang, hujan tidaklah terlalu lebat. Sekurang-kurangnya, dapat juga untuk meredah hujan tu dengan berpayung.. tak macam tadi, terlalu lebat sampai takut nak redah walaupun berpayung. Nak dijadikan cerita…


Semasa saya keluar dari bangunan tersebut, saya ternampak dua orang classmates saya sedang duduk di depan foyer bangunan tersebut.  Jadi, saya pun tegurlah salah seorang dari mereka berdua. Saya hanya sekadar bertanya……….

“Hujan lagi ke?”

“Taklah. Panas terik ni,” balas salah seorang kawan saya tu.

Astaghfirullah…. Saya cuba untuk bersabar.. walaupun dalam hati saya, hanya Allah saja yang tahu. Betapa sakitnya hati bila kita bertanya baik-baik tapi dijawab dengan jawapan yang sangat menikam hati.


Hanya Allah saja yang tahu macam mana perasaan saya masa tu. Mungkin tak semua dari sahabat yang baca entri ni mampu faham apa yang cuba saya sampaikan. Dan mungkin juga tak semua faham macam mana perasaan waktu tu. 


Apa yang membuatkan saya agak terkilan masa tu sebab saya bertanya bukan sebab saja-saja nak utarakan soalan yang bodoh. Cuma saya dikurniakan Allah dengan mata yang rabun… Kemudian, diperbodohkan oleh orang lain atas kekurangan saya tersebut. Mungkin ada antara sahabat yang tak faham tentang situasi ni. Mari kita hayati satu contoh ni…


Bayangkan sahabat semua seorang yang cacat penglihatan dan hanya mampu melihat alam ini secara samar-samar. Tidak jelas.  Namun,  Alhamdulillah masih dikurniakan Allah pancaindera pendengaran. Satu hari, sahabat pergi ke satu tempat, contohnya Putrajaya untuk satu hal yang perlu diuruskan. Setelah masuknya waktu solot Zohor contohnya, sahabat pun ingin mencari masjid berdekatan untuk menunaikan solat. Kemudian, sahabat bertanya kepada salah seorang yang lalu lalang di suatu tempat yang di mana sahabat berdiri..


“Maaf, cik. Boleh saya nak tanya.. Depan tu Masjid Putrajaya ke?”

“Masjid Putrajaya?  Ni Australia lah. Mana ada tempat nama Putrajaya kat sini,” balas saudara tadi beranggapan yang sahabat mengganggunya kerana tidak melihat sendiri. Apa yang sahabat akan rasa dengan jawapan yang macam tu?


Sudahlah diberi kekurangan.. kemudian, tak cukup dengan tu, diperbodohkan pula oleh orang lain atas kekurangan tu. Tentu di saat tu, sahabat berasa sangat sedih dan rasa seperti semua orang dalam dunia ni tidak faham dengan kekurangan sahabat. Bukan niat sahabat untuk mengganggu orang lain, bukan untuk menyusahkan orang lain, bukan untuk mencari topik bodoh sebagai bahan bergurau senda… tapi hanya sekadar bertanya.. Hina sangat kah?  Mungkin kepada mereka yang tidak mempunyai kekurangan seperti ini.. rabun seperti ini.. tak kan mampu untuk faham macam mana perasaan seseorang yang mempunyai kekurangan apabila diperbodohkan seperti itu.


 Jadi, sahabat semua, apa yang saya ingin sampaikan ialah janganlah kita menjawab pertanyaan seseorang itu dengan jawapan yang sangat menyakitkan hati jika kita tidak tahu mengapa dia bertanya walaupun sesuatu tu sudah terang lagi bersuluh di mata sahabat kerana kita tidak tahu mungkin dia tidak memiliki sesuatu yang sama seperti apa yang kita miliki.


Dan jika sahabat berada dalam situasi yang sama seperti saya, jangan sesekali sahabat semua memandang kekurangan sahabat dari sudut yang negatif. Sentiasa lah berfikiran positif. Setiap yang Allah berikan walaupun sesuatu itu dilihat sebagai suatu kekurangan di mata manusia, namun mungkin ia sama sekali tidak di mata Allah. Kerana Allah tidak akan memberi suatu kekurangan itu melainkan ada kelebihan di sebalik kekurangan tersebut. 


Sahabat dapat lihat tak? Mungkin tulisan saya ini dapat memberi peringatan kepada sahabat semua dan saya sendiri tentang betapa pentingnya jika kita memandang sesuatu kekurangan itu dari sudut yang positif. Kadang-kadang, saya terfikir betapa nikmatnya saya diberi kekurangan memiliki sepasang mata yang rabun, kerana insyaAllah dengan kekurangan ini lah dapat menjadikan saya faham bagaimana perasaan orang lain yang mempunyai kekurangan yang sama atau hampir sama seperti saya, kemudian diperbodohkan oleh orang lain yang sempurna pancaindera. Sudah pasti apabila sahabat berada di tempat yang sama, sahabat tidak akan menjadi seperti kawan saya tadi kerana sahabat tahu bagaimana tergurisnya hati diperlakukan macam tu. Sentiasalah meletakkan diri kita di tempat mereka yang memilki kekurangan supaya kita sentiasa diingatkan agar tidak mengguris hati orang lain. Ingat ye sahabat, sentiasa berfikiran positif dalam setiap kekurangan yang sahabat ada dan jangan sesekali pandang hina pada kekurangan orang lain. 


Oh ye, ada satu lagi yang saya ingin kongsikan dengan sahabat semua kat sini. Untuk pengetahuan sahabat semua, saya juga memilki jari kelingking yang agak berbeza dengan orang lain. Sejak kecil, jari saya tu tak dapat diluruskan hinggalah sekarang. Memang ramai orang antaranya kawan-kawan saya dari tadika sampailah sekarang, selalu bertanya tentang jari saya tu.. macam mana boleh jadi macam tu.. tak sakit ke macam tu.. kenapa tak pergi hospital untuk betulkan dia?... dan macam-macam lagi lah… 


Saya tak kisah dan langsung tak terkilan dengan semua soalan tu.. Cuma ada satu ja yang saya agak terkilan.. Satu hari ni, semasa salah seorang housemate saya tengok jari saya tu dan cakap lebih kurang macam ni:


“Aku bersyukur sangat jari aku tak macam tu. Nasib baik lah jari aku elok je.”


Masa tu memang hati saya terasa sangat. Tambah pula saya memang yang jenis senang touching. Rasa seolah-olah macam dipandang hina. Macam hina sangat ja jari macam tu. Tapi, saya tak nampakkanlah kat dia yang saya terasa dengan dia. Saya cuma diam.. dan dalam hati, saya cuba pujuk hati saya dan ingatkan diri saya sendiri.. “Aku bersyukur sangat dapat jari macam ni. Walaupun nampak cacat di mata orang, tapi aku tahu kecacatan ni juga lah yang memberi aku kelebihan.” Tentang kelebihan tu, biar Allah saja yang tahu.. lagipun Dia juga yang memberi kelebihan tu.. Alhamdulillah….


 Apa pun, selagi termampu, sentiasalah mencuba untuk memperingati diri supaya tidak mengeluh dan sedih dengan segala kekurangan yang Allah bagi sebab kita tak tahu dari kekurangan tu lah Dia nak beri kelebihan pada kita yang tiada pada orang lain.


Jadi kat sini, mungkin sahabat semua boleh ambil pengajaran. Walaupun mungkin tak sebesar mana, tapi kadang-kadang membawa makna yang sangat besar kepada sesetengah individu. Dan saya juga sangat berharap sahabat semua dapat main point nya kat sini. Apa ya maint point nya, sahabat?

Sentiasa ingat.. Setiap kekurangan mahupun kecacatan yang Allah bagi tu.. Allah tak akan menciptakan kecacatan tu dengan sia-sia.. melainkan ada KELEBIHAN di sebalik kekurangan tu. Kadang-kadang, Allah berikan seseorang itu kekurangan dalam suatu perkara yang sangat dikuasai oleh orang lain.. tapi dalam masa yang sama juga lah Allah jadikan kekurangan tu sebagai satu KELEBIHAN kepadanya dalam perkara lain yang tidak Allah berikan kepada orang lain. Subhanallah.. Sweet kan Allah tu?




Sahabat semua dapat tak isi untuk kali ni? InsyaAllah.. saya berharap sahabat semua dapat apa yang ingin saya sampaikan. Pepatah Inggeris pun ada sebut..


“I felt sorry for myself because I had no shoes, until I met a man who had no feet.”


Jangan sampai nikmat kita sudah ditarik hingga kita menjadi seperti orang yang memiliki kekurangan tu, baru kita nak menyesal.. Sekadar peringatan kepada sahabat semua dan diri saya sendiri.. ^_^  Kita saling faham kekurangan semua, nak tak?


Saturday, 15 June 2013

HAMSTER COMEL :D

Ada tak antara sahabat yang baca entri ni yang ada bela hamster? Hamster comel kan? Kecik, bulat, gemuk, comel.. gemuk-gemuk dia pun, comel tau.. Saya suka sangat dengan hamster. Housemate saya kat sini ada bela hamster (walaupun tak dibenarkan ada haiwan peliharaan kat hostel.. hehe..). Saya selalu jugak tengok hamster tu main-main dalam rumah dia yang comel tu..


Sebelum ni ada dua ekor tau.. Tapi sebab yang lagi sekor tu lari masa nak bagi mandi, so tinggal sekor ja la sekarang ni. Kesian dia sorang-sorang. Tapi si comel hamster ni tetap jugak tak keseorangan sebab kami semua satu rumah selalu temankan dia, cakap ngan dia, bagi makan dia.. Selalu jugak teman dia tidur.. Tengok gambar dia tidur.. Comel kan?


Hamster tergolong dalam spesies tikus jugak la kan? Sahabat saya cakap, hamster pun kadang-kadang bahaya jugak sebab dia kan spesies tikus.. Air kencing tikus kan bahaya. Tapi saya tak pasti lah pulak dengan statement tu. Takpa, lain kali mungkin kita boleh cakap pasal ni dalam entri yang lain pulak. Kali ni, alang-alang dah cakap pasal tikus, jadi saya pun nak kongsi satu kisah tentang sekor tikus ni. Satu kisah yang saya dan sahabat semua yang membaca ni boleh ambil pengajaran. InsyaAllah.. Mungkin ada antara sahabat pernah dengar cerita ni sebab saya ambil cerita ni dari satu sumber yang saya sendiri pun dah tak berapa ingat dari mana. Tapi takpa, asalkan kita semua boleh ambil ikhtibar daripadanya. Jom..

Cerita dia macam ni. Dalam sebuah rumah, ada sepasang suami isteri. Si suami tu seorang petani, isteri tu pulak seorang suri rumah. Dalam rumah mereka banyak sangat tikus yang selalu mencuri makanan mereka. Memandangkan si suami pula menyimpan banyak hasil taninya di rumah, jadi mereka pun memasang perangkap tikus di dalam rumah mereka.

Pada suatu malam yang sunyi, Si Tikus pun keluar dari rumah kecilnya di belakang almari, menuju ke dalam ruangan dapur rumah. Masa tu suami dan isteri tu sedang tidur. Jadi, Si Tikus pun fikir dia dapat enjoy lah malam tu. Tiba-tiba, sesampainya Si Tikus di dapur, dia ternampak satu perangkap tikus di atas lantai. Si Tikus panik. Dia pun cepat berlari keluar sambil menjerit berkali-kali. “Ada perangkap tikus dalam rumah!”.

Si Tikus berasa sangat takut masa tu. Untung ada Si Kokok di tepi rumah. Dia terus pergi kepada Si Kokok. 

“Si Kokok, ada perangkap tikus dalam rumah. Aku takut.” Si Tikus meluahkan rasa takutnya kepada Si Kokok.

“Ada aku kesah? Takda kaitan pun dengan aku.” Balas Si Kokok.

Si Tikus sebak mendengar jawapan Si Kokok. Sampai hati Si Kokok cakap macam tu. Si Tikus pun berlari meninggalkan Si Kokok dengan hati yang terluka. Tiba-tiba, Si Tikus ternampak pula Si Janggut yang sedang meragut rumput di dalam kandangnya. Si Tikus pun menerpa Si Janggut.

“Si Janggut, ada perangkap tikus dalam rumah. Aku takut.” Kata Si Tikus.

“Jangan takut Si Tikus. Kau janganlah pergi dekat dengan perangkap tu. InsyaAllah kau takkan kena perangkap tu. Mintalah perlindungan dari Allah” Balas Si Janggut kepada Si Tikus.

“Terima kasih Si Janggut. Terima kasih sebab faham aku.” Kata Si Tikus kepada Si Janggut dengan hati yang sedikit terubat.

Sejuk hati Si Tikus mendengar kata-kata Si Janggut tu. Baik betul Si Janggut. Tapi Si Tikus tetap berasa takut lagi. Mungkin trauma agaknya. Ye lah, sebelum ni dah banyak ahli keluarga Si Tikus meninggal angkara perangkap tikus tu.

Si Tikus terus berlari hinggalah dia ternampak pula Pak Lembu yang sedang mengelamun di bawah pokok. Dia terus menerpa Pak Lembu. Dengan harapan Pak Lembu akan mendengar luahan hatinya seperti Si Janggut.

“Pak Lembu, ada perangkap tikus dalam rumah. Saya takut, Pak Lembu.” Kata Si Tikus kepada Pak Lembu.

“Kacau betul la kau ni. Aku malas la nak ambil tahu. Setakat perangkap tikus tu, aku pijak dengan kaki aku ni pun, boleh pecah tau. Dah la, pergi balik la kau. Aku nak berehat.” Balas Pak Lembu.

Hancur luluh hati Si Tikus mendengar kata-kata Pak Lembu. Sampai hati Pak Lembu tu. Si Tikus pun balik ke rumahnya. Dia ingat pesan Si Janggut yang menyuruhnya menjauhi perangkap tikus itu. Dia kini hanya berserah kepada Allah. Jadi, dia pun terus tidur hinggalah dia terjaga pada pagi keesokan harinya sebab terdengar bunyi seperti perangkap tikus itu sudah terkena. “Pap!”

Kemudian, dia terdengar pula bunyi tapak kaki. Si isteri rupa-rupanya yang berjalan ke arah dapur untuk melihat perangkap tikus yang pada sangkaannya sudah mengena pada tikus.

Tetapi, alangkah terkejutnya dia apabila melihat seekor ular yang terkena perangkap itu. Si isteri pun menjerit. Tanpa dia sempat membunuh ular itu, ular itu terlebih dahulu yang mematuk kakinya. Si isteri pun pengsan. Semua itu telah disaksikan sendiri oleh Si Tikus dari tepi pintu rumahnya di belakang almari di dapur.

Apabila suaminya pulang, si suami pun segera membawa isterinya ke hospital. Pulang dari hospital beberapa hari kemudian, si isteri masih lagi tidak sihat. Dia meminta suaminya memasak sup ayam. 

Maka, si suami pun menyembelih ayam di tepi rumah itu untuk dijadikan sup. Si Tikus pilu melihat Si Kokok disembelih. Namun, si isteri masih lagi sakit, lalu si suami pun memasak pula kambing untuk isterinya. Si Tikus berasa sangat sedih kerana Si Janggut pun menjadi korban walaupun Si Janggut tu baik dengan Si Tikus. Tapi, apakan daya, ajalnya sudah sampai.

Seminggu kemudian, keadaan si isteri masih lagi sama. Dia masih sakit. Si suami bercadang nak buat kenduri untuk orang ramai untuk doakan isterinya cepat sembuh. Maka, si suami pun menyembelih seekor lembu yang ada di belakang rumahnya untuk dijadikan juadah kenduri. Sekali lagi Si Tikus sayu melihat Pak Lembu disembelih. Walaupun Si Tikus terguris hati dengan kata-kata Pak Lembu kepadanya, tapi Si Tikus tetap berasa sedih dan kasihan terhadapnya. Seminggu kemudian, akhirnya si isteri pun sembuh seperti biasa.




 Ok, sekarang mari kita tengok balik apa yang boleh kita dapat dari cerita tu. Walaupun ceritanya simple dan mungkin ada yang berpendapat cerita ini agak mengarut mungkin, tapi insyaAllah kita boleh ambil sedikit pengajaran daripadanya. Sahabat dapat tak apa-apa pengajaran dari cerita tu? Mari sama-sama kita digest balik.

Pengajaran yang paling mudah sekali yang kita dapat lihat ialah sentiasalah mendengar masalah atau luahan hati orang lain di saat mereka memerlukan pendengar yang setia. Walaupun kita tidak dapat menolong mereka, tapi cubalah untuk mendengar dan menjadi pendengar yang setia kepada mereka. Tapi kalau kita mampu untuk menolongnya, itu lagi bagus.

Saya tahu, kadang-kadang apabila kita menceritakan masalah kita kepada orang lain, ada antara mereka yang seakan tidak ambil tahu atau langsung tidak mahu meluangkan masa untuk mendengar seperti apa yang telah dilakukan oleh Si Kokok dan Pak Lembu dalam cerita tu. Kadang-kadang apabila kita memerlukan seseorang untuk bercerita, mereka tiada untuk kita. Ataupun mereka juga ada hal mereka sendiri yang jauh lebih penting dari kita.

Tapi, ingatlah, apabila tiada sesiapa yang dapat mendengar masalah kita ataupun tiada sesiapa yang memahami kita, janganlah sesekali merajuk atau berasa terkilan dengan mereka ya, sahabat. Kita juga harus fikir mungkin mereka ada hal lain ataupun mereka juga mempunyai masalah mereka sendiri. Maka, apabila terjadi begini, kepada siapa harus kita kembali? Kepada siapa harus kita mengadu? Kepada siapa harus kita memohon perlindungan dan pertolongan? Sahabat semua pasti tahu kan jawapannya? Ya, tepat sekali. Allah SWT lah yang patut kita kembali, yang patut kita mengadu , yang harus kita pohon perlindungan dan kepada Allah kita harus memohon pertolongan.

Di sini, bukanlah saya nak cakap yang orang lain tidak boleh diharapkan untuk menjadi pendengar kita dan menolong kita, tapi apa yang saya cuba katakan ialah seperti yang kita tahu, manusia mempunyai batas dalam kemampuan mereka untuk melayan setiap dari segala pengaduan kita. Tetapi tidak pula Allah yang tidak pernah lena dan sentiasa mendengar apa yang kita adukan kepadaNya.

Jadilah seperti Si Tikus yang akhirnya meminta pertolongan daripada Allah setelah kecewa dengan jawapan dari Pak Lembu. Namun, dia tetap mendengar kata-kata Si Janggut untuk memohon perlindungan dari Allah. Maka, tidak salah jika kita juga mencontohi tindakan Si Tikus tu. Jadilah seperti Si Tikus yang walaupun hatinya hancur pada mulanya dengan kata-kata Si Kokok tapi tetap tidak putus asa untuk mencari pendengar yang lain bagi mendengar luahan hatinya saat itu. Walaupun dia kecewa dengan Si Kokok, tapi dia tidak sesekali lemah dan jatuh malah langsung sesekali tidak patah semangat.

Saya faham bagaimana rasa terlukanya hati apabila luahan kita seolah-olah tidak difahami dan tidak diambil peduli  malah tidak difahami oleh orang yang kita harapkan untuk mendengar masalah kita. Tambahan pula, saya ni bukanlah seorang peluah perasaan yang baik. Agaknya mungkin sebab itu saya menjadi agak pendiam. Saya lebih suka mendengar daripada meluahkan. Mungkin ada antara sahabat di luar sana yang sama seperti saya juga?

Tidak mengapa, jika rasa seperti luahan sahabat tidak diendahkan oleh mereka yang mendengar atau mungkin sahabat tiada sesiapa untuk mengadu, maka bersabarlah dan mengadulah kepada Allah. InsyaAllah Dia akan mendengar dan menolong kita.

"Maka, ingatlah kepadaku. Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaku dan janganlah kamu ingkar kepadaku. Wahai orang-orang yang beriman, mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah bersama dengan orang yang sabar." (Surah Al-Baqarah : ayat 152-153 )


Jadi, sama-samalah  kita amalkan sikap Si Tikus dan Si Janggut tadi. Dan janganlah sesekali kita ikut perangai Si Kokok dan Pak Lembu yang pentingkan diri sendiri. Insya Allah.. :D