Tuesday, 9 July 2013

KU TEMU KELEBIHAN DI SEBALIK KEKURANGAN

Catatan ini saya coretkan bukan untuk membangga diri.. bukan untuk meninggi diri.. malah bukan untuk membuatkan mereka terasa.. tetapi hanya sekadar mengingatkan sahabat semua serta saya sendiri.. tentang pentingnya kita untuk sentiasa berfikiran positif dalam setiap kekurangan yang diberikan Allah kepada kita……


Sekarang dah masuk minggu ke lima semester 3. Semakin hari, semakin banyak assignment dan presentation.  Dalam minggu ni pula semua course mates saya  sedang sibuk untuk menyiapkan assignment berkumpulan seterusnya  bagi subjek Business English..  Bagi kumpulan saya, hari ni adalah kali pertama discussion untuk assignment tersebut di salah sebuah bangunan di kampus lama. Kebetulan semasa saya dan ahli kumpulan saya sedang membuat discussion tersebut, hujan turun dengan lebat sekali.. 


 Alhamdulillah, setelah discussion tersebut berakhir dan semasa saya serta ahli kumpulan saya hendak pulang, hujan tidaklah terlalu lebat. Sekurang-kurangnya, dapat juga untuk meredah hujan tu dengan berpayung.. tak macam tadi, terlalu lebat sampai takut nak redah walaupun berpayung. Nak dijadikan cerita…


Semasa saya keluar dari bangunan tersebut, saya ternampak dua orang classmates saya sedang duduk di depan foyer bangunan tersebut.  Jadi, saya pun tegurlah salah seorang dari mereka berdua. Saya hanya sekadar bertanya……….

“Hujan lagi ke?”

“Taklah. Panas terik ni,” balas salah seorang kawan saya tu.

Astaghfirullah…. Saya cuba untuk bersabar.. walaupun dalam hati saya, hanya Allah saja yang tahu. Betapa sakitnya hati bila kita bertanya baik-baik tapi dijawab dengan jawapan yang sangat menikam hati.


Hanya Allah saja yang tahu macam mana perasaan saya masa tu. Mungkin tak semua dari sahabat yang baca entri ni mampu faham apa yang cuba saya sampaikan. Dan mungkin juga tak semua faham macam mana perasaan waktu tu. 


Apa yang membuatkan saya agak terkilan masa tu sebab saya bertanya bukan sebab saja-saja nak utarakan soalan yang bodoh. Cuma saya dikurniakan Allah dengan mata yang rabun… Kemudian, diperbodohkan oleh orang lain atas kekurangan saya tersebut. Mungkin ada antara sahabat yang tak faham tentang situasi ni. Mari kita hayati satu contoh ni…


Bayangkan sahabat semua seorang yang cacat penglihatan dan hanya mampu melihat alam ini secara samar-samar. Tidak jelas.  Namun,  Alhamdulillah masih dikurniakan Allah pancaindera pendengaran. Satu hari, sahabat pergi ke satu tempat, contohnya Putrajaya untuk satu hal yang perlu diuruskan. Setelah masuknya waktu solot Zohor contohnya, sahabat pun ingin mencari masjid berdekatan untuk menunaikan solat. Kemudian, sahabat bertanya kepada salah seorang yang lalu lalang di suatu tempat yang di mana sahabat berdiri..


“Maaf, cik. Boleh saya nak tanya.. Depan tu Masjid Putrajaya ke?”

“Masjid Putrajaya?  Ni Australia lah. Mana ada tempat nama Putrajaya kat sini,” balas saudara tadi beranggapan yang sahabat mengganggunya kerana tidak melihat sendiri. Apa yang sahabat akan rasa dengan jawapan yang macam tu?


Sudahlah diberi kekurangan.. kemudian, tak cukup dengan tu, diperbodohkan pula oleh orang lain atas kekurangan tu. Tentu di saat tu, sahabat berasa sangat sedih dan rasa seperti semua orang dalam dunia ni tidak faham dengan kekurangan sahabat. Bukan niat sahabat untuk mengganggu orang lain, bukan untuk menyusahkan orang lain, bukan untuk mencari topik bodoh sebagai bahan bergurau senda… tapi hanya sekadar bertanya.. Hina sangat kah?  Mungkin kepada mereka yang tidak mempunyai kekurangan seperti ini.. rabun seperti ini.. tak kan mampu untuk faham macam mana perasaan seseorang yang mempunyai kekurangan apabila diperbodohkan seperti itu.


 Jadi, sahabat semua, apa yang saya ingin sampaikan ialah janganlah kita menjawab pertanyaan seseorang itu dengan jawapan yang sangat menyakitkan hati jika kita tidak tahu mengapa dia bertanya walaupun sesuatu tu sudah terang lagi bersuluh di mata sahabat kerana kita tidak tahu mungkin dia tidak memiliki sesuatu yang sama seperti apa yang kita miliki.


Dan jika sahabat berada dalam situasi yang sama seperti saya, jangan sesekali sahabat semua memandang kekurangan sahabat dari sudut yang negatif. Sentiasa lah berfikiran positif. Setiap yang Allah berikan walaupun sesuatu itu dilihat sebagai suatu kekurangan di mata manusia, namun mungkin ia sama sekali tidak di mata Allah. Kerana Allah tidak akan memberi suatu kekurangan itu melainkan ada kelebihan di sebalik kekurangan tersebut. 


Sahabat dapat lihat tak? Mungkin tulisan saya ini dapat memberi peringatan kepada sahabat semua dan saya sendiri tentang betapa pentingnya jika kita memandang sesuatu kekurangan itu dari sudut yang positif. Kadang-kadang, saya terfikir betapa nikmatnya saya diberi kekurangan memiliki sepasang mata yang rabun, kerana insyaAllah dengan kekurangan ini lah dapat menjadikan saya faham bagaimana perasaan orang lain yang mempunyai kekurangan yang sama atau hampir sama seperti saya, kemudian diperbodohkan oleh orang lain yang sempurna pancaindera. Sudah pasti apabila sahabat berada di tempat yang sama, sahabat tidak akan menjadi seperti kawan saya tadi kerana sahabat tahu bagaimana tergurisnya hati diperlakukan macam tu. Sentiasalah meletakkan diri kita di tempat mereka yang memilki kekurangan supaya kita sentiasa diingatkan agar tidak mengguris hati orang lain. Ingat ye sahabat, sentiasa berfikiran positif dalam setiap kekurangan yang sahabat ada dan jangan sesekali pandang hina pada kekurangan orang lain. 


Oh ye, ada satu lagi yang saya ingin kongsikan dengan sahabat semua kat sini. Untuk pengetahuan sahabat semua, saya juga memilki jari kelingking yang agak berbeza dengan orang lain. Sejak kecil, jari saya tu tak dapat diluruskan hinggalah sekarang. Memang ramai orang antaranya kawan-kawan saya dari tadika sampailah sekarang, selalu bertanya tentang jari saya tu.. macam mana boleh jadi macam tu.. tak sakit ke macam tu.. kenapa tak pergi hospital untuk betulkan dia?... dan macam-macam lagi lah… 


Saya tak kisah dan langsung tak terkilan dengan semua soalan tu.. Cuma ada satu ja yang saya agak terkilan.. Satu hari ni, semasa salah seorang housemate saya tengok jari saya tu dan cakap lebih kurang macam ni:


“Aku bersyukur sangat jari aku tak macam tu. Nasib baik lah jari aku elok je.”


Masa tu memang hati saya terasa sangat. Tambah pula saya memang yang jenis senang touching. Rasa seolah-olah macam dipandang hina. Macam hina sangat ja jari macam tu. Tapi, saya tak nampakkanlah kat dia yang saya terasa dengan dia. Saya cuma diam.. dan dalam hati, saya cuba pujuk hati saya dan ingatkan diri saya sendiri.. “Aku bersyukur sangat dapat jari macam ni. Walaupun nampak cacat di mata orang, tapi aku tahu kecacatan ni juga lah yang memberi aku kelebihan.” Tentang kelebihan tu, biar Allah saja yang tahu.. lagipun Dia juga yang memberi kelebihan tu.. Alhamdulillah….


 Apa pun, selagi termampu, sentiasalah mencuba untuk memperingati diri supaya tidak mengeluh dan sedih dengan segala kekurangan yang Allah bagi sebab kita tak tahu dari kekurangan tu lah Dia nak beri kelebihan pada kita yang tiada pada orang lain.


Jadi kat sini, mungkin sahabat semua boleh ambil pengajaran. Walaupun mungkin tak sebesar mana, tapi kadang-kadang membawa makna yang sangat besar kepada sesetengah individu. Dan saya juga sangat berharap sahabat semua dapat main point nya kat sini. Apa ya maint point nya, sahabat?

Sentiasa ingat.. Setiap kekurangan mahupun kecacatan yang Allah bagi tu.. Allah tak akan menciptakan kecacatan tu dengan sia-sia.. melainkan ada KELEBIHAN di sebalik kekurangan tu. Kadang-kadang, Allah berikan seseorang itu kekurangan dalam suatu perkara yang sangat dikuasai oleh orang lain.. tapi dalam masa yang sama juga lah Allah jadikan kekurangan tu sebagai satu KELEBIHAN kepadanya dalam perkara lain yang tidak Allah berikan kepada orang lain. Subhanallah.. Sweet kan Allah tu?




Sahabat semua dapat tak isi untuk kali ni? InsyaAllah.. saya berharap sahabat semua dapat apa yang ingin saya sampaikan. Pepatah Inggeris pun ada sebut..


“I felt sorry for myself because I had no shoes, until I met a man who had no feet.”


Jangan sampai nikmat kita sudah ditarik hingga kita menjadi seperti orang yang memiliki kekurangan tu, baru kita nak menyesal.. Sekadar peringatan kepada sahabat semua dan diri saya sendiri.. ^_^  Kita saling faham kekurangan semua, nak tak?


0 comments: