KU TEMU KELEBIHAN DI SEBALIK KEKURANGAN
Catatan ini saya coretkan bukan untuk membangga diri.. bukan
untuk meninggi diri.. malah bukan untuk membuatkan mereka terasa.. tetapi hanya
sekadar mengingatkan sahabat semua serta saya sendiri.. tentang pentingnya kita
untuk sentiasa berfikiran positif dalam setiap kekurangan yang diberikan Allah
kepada kita……
Sekarang dah masuk minggu ke lima semester 3. Semakin hari,
semakin banyak assignment dan presentation. Dalam minggu ni pula semua course
mates saya sedang sibuk untuk
menyiapkan assignment berkumpulan seterusnya bagi subjek Business English.. Bagi kumpulan saya, hari ni adalah kali
pertama discussion untuk assignment tersebut di salah sebuah
bangunan di kampus lama. Kebetulan semasa saya dan ahli kumpulan saya sedang
membuat discussion tersebut, hujan turun dengan lebat sekali..
Semasa saya keluar dari bangunan tersebut, saya ternampak
dua orang classmates saya sedang duduk di depan foyer bangunan
tersebut. Jadi, saya pun tegurlah salah
seorang dari mereka berdua. Saya hanya sekadar bertanya……….
“Hujan lagi ke?”
“Taklah. Panas terik ni,” balas salah seorang kawan saya tu.
Astaghfirullah…. Saya cuba untuk bersabar.. walaupun dalam
hati saya, hanya Allah saja yang tahu. Betapa sakitnya hati bila kita bertanya
baik-baik tapi dijawab dengan jawapan yang sangat menikam hati.
Hanya Allah saja yang tahu macam mana perasaan saya masa tu.
Mungkin tak semua dari sahabat yang baca entri ni mampu faham apa yang cuba
saya sampaikan. Dan mungkin juga tak semua faham macam mana perasaan waktu tu.
Apa yang membuatkan saya agak terkilan masa tu sebab saya
bertanya bukan sebab saja-saja nak utarakan soalan yang bodoh. Cuma saya
dikurniakan Allah dengan mata yang rabun… Kemudian, diperbodohkan oleh orang
lain atas kekurangan saya tersebut. Mungkin ada antara sahabat yang tak faham
tentang situasi ni. Mari kita hayati satu contoh ni…
Bayangkan sahabat semua seorang yang cacat penglihatan dan
hanya mampu melihat alam ini secara samar-samar. Tidak jelas. Namun,
Alhamdulillah masih dikurniakan Allah pancaindera pendengaran. Satu
hari, sahabat pergi ke satu tempat, contohnya Putrajaya untuk satu hal yang
perlu diuruskan. Setelah masuknya waktu solot Zohor contohnya, sahabat pun
ingin mencari masjid berdekatan untuk menunaikan solat. Kemudian, sahabat
bertanya kepada salah seorang yang lalu lalang di suatu tempat yang di mana
sahabat berdiri..
“Maaf, cik. Boleh saya nak tanya.. Depan tu Masjid Putrajaya
ke?”
“Masjid Putrajaya? Ni
Australia lah. Mana ada tempat nama Putrajaya kat sini,” balas saudara tadi
beranggapan yang sahabat mengganggunya kerana tidak melihat sendiri. Apa yang
sahabat akan rasa dengan jawapan yang macam tu?
Sudahlah diberi kekurangan.. kemudian, tak cukup dengan tu,
diperbodohkan pula oleh orang lain atas kekurangan tu. Tentu di saat tu,
sahabat berasa sangat sedih dan rasa seperti semua orang dalam dunia ni tidak
faham dengan kekurangan sahabat. Bukan niat sahabat untuk mengganggu orang
lain, bukan untuk menyusahkan orang lain, bukan untuk mencari topik bodoh
sebagai bahan bergurau senda… tapi hanya sekadar bertanya.. Hina sangat
kah? Mungkin kepada mereka yang tidak
mempunyai kekurangan seperti ini.. rabun seperti ini.. tak kan mampu untuk
faham macam mana perasaan seseorang yang mempunyai kekurangan apabila
diperbodohkan seperti itu.
Dan jika sahabat berada dalam situasi yang sama seperti
saya, jangan sesekali sahabat semua memandang kekurangan sahabat dari sudut
yang negatif. Sentiasa lah berfikiran positif. Setiap yang Allah berikan
walaupun sesuatu itu dilihat sebagai suatu kekurangan di mata manusia, namun
mungkin ia sama sekali tidak di mata Allah. Kerana Allah tidak akan memberi
suatu kekurangan itu melainkan ada kelebihan di sebalik kekurangan tersebut.
Sahabat dapat lihat tak? Mungkin tulisan saya ini dapat
memberi peringatan kepada sahabat semua dan saya sendiri tentang betapa
pentingnya jika kita memandang sesuatu kekurangan itu dari sudut yang positif.
Kadang-kadang, saya terfikir betapa nikmatnya saya diberi kekurangan memiliki
sepasang mata yang rabun, kerana insyaAllah dengan kekurangan ini lah dapat
menjadikan saya faham bagaimana perasaan orang lain yang mempunyai kekurangan
yang sama atau hampir sama seperti saya, kemudian diperbodohkan oleh orang lain
yang sempurna pancaindera. Sudah pasti apabila sahabat berada di tempat yang
sama, sahabat tidak akan menjadi seperti kawan saya tadi kerana sahabat tahu
bagaimana tergurisnya hati diperlakukan macam tu. Sentiasalah meletakkan diri
kita di tempat mereka yang memilki kekurangan supaya kita sentiasa diingatkan
agar tidak mengguris hati orang lain. Ingat ye sahabat, sentiasa berfikiran
positif dalam setiap kekurangan yang sahabat ada dan jangan sesekali pandang
hina pada kekurangan orang lain.
Oh ye, ada satu lagi yang saya ingin kongsikan dengan
sahabat semua kat sini. Untuk pengetahuan sahabat semua, saya juga memilki jari
kelingking yang agak berbeza dengan orang lain. Sejak kecil, jari saya tu tak
dapat diluruskan hinggalah sekarang. Memang ramai orang antaranya kawan-kawan
saya dari tadika sampailah sekarang, selalu bertanya tentang jari saya tu..
macam mana boleh jadi macam tu.. tak sakit ke macam tu.. kenapa tak pergi
hospital untuk betulkan dia?... dan macam-macam lagi lah…
Saya tak kisah dan langsung tak terkilan dengan semua soalan
tu.. Cuma ada satu ja yang saya agak terkilan.. Satu hari ni, semasa salah
seorang housemate saya tengok jari saya tu dan cakap lebih kurang macam
ni:
“Aku bersyukur sangat jari aku tak macam tu. Nasib baik lah
jari aku elok je.”
Masa tu memang hati saya terasa sangat. Tambah pula saya
memang yang jenis senang touching. Rasa seolah-olah macam dipandang
hina. Macam hina sangat ja jari macam tu. Tapi, saya tak nampakkanlah kat dia
yang saya terasa dengan dia. Saya cuma diam.. dan dalam hati, saya cuba pujuk
hati saya dan ingatkan diri saya sendiri.. “Aku bersyukur sangat dapat jari
macam ni. Walaupun nampak cacat di mata orang, tapi aku tahu kecacatan ni juga
lah yang memberi aku kelebihan.” Tentang kelebihan tu, biar Allah saja yang
tahu.. lagipun Dia juga yang memberi kelebihan tu.. Alhamdulillah….
Apa pun, selagi termampu, sentiasalah mencuba untuk
memperingati diri supaya tidak mengeluh dan sedih dengan segala kekurangan yang
Allah bagi sebab kita tak tahu dari kekurangan tu lah Dia nak beri kelebihan
pada kita yang tiada pada orang lain.
Jadi kat sini, mungkin sahabat semua boleh ambil pengajaran.
Walaupun mungkin tak sebesar mana, tapi kadang-kadang membawa makna yang sangat
besar kepada sesetengah individu. Dan saya juga sangat berharap sahabat semua
dapat main point nya kat sini. Apa ya maint point nya, sahabat?
Sentiasa ingat.. Setiap kekurangan mahupun kecacatan yang
Allah bagi tu.. Allah tak akan menciptakan kecacatan tu dengan sia-sia..
melainkan ada KELEBIHAN di sebalik kekurangan tu. Kadang-kadang, Allah berikan seseorang
itu kekurangan dalam suatu perkara yang sangat dikuasai oleh orang lain.. tapi
dalam masa yang sama juga lah Allah jadikan kekurangan tu sebagai satu
KELEBIHAN kepadanya dalam perkara lain yang tidak Allah berikan kepada orang
lain. Subhanallah.. Sweet kan Allah tu?
Sahabat semua dapat tak isi untuk kali ni? InsyaAllah.. saya
berharap sahabat semua dapat apa yang ingin saya sampaikan. Pepatah Inggeris
pun ada sebut..
“I felt sorry for myself because I had no shoes, until I met
a man who had no feet.”
Jangan sampai nikmat kita sudah ditarik hingga kita menjadi
seperti orang yang memiliki kekurangan tu, baru kita nak menyesal.. Sekadar
peringatan kepada sahabat semua dan diri saya sendiri.. ^_^ Kita saling faham kekurangan semua, nak tak?


