BERCUTI KAT MELAKA
Dah lama tak pergi bercuti..
Teringin sangat nak pergi jalan-jalan lagi dengan family ke, kawan ke….
Semenjak duk kat U ni, selalu gak pegi kl ngan kawan2… tapi sejak sem 2 ni dah
jarang dah pegi… busy la konon.. = =”
Tapi tu la.. teringin sangat nak pegi jalan-jalan lagi.. Baucar buku dah
dapat.. Plannya nak g mph kat mid valley ngan member.. beli buku.. jaoh bebenor
nak beli buku pun… mcm la kedai kat kampus takde yang terima baucar buku.. ^_^
Tak kesah la jaoh2 pun, asalkan dapat gak pegi jalan-jalan.. kat kl pun jadi
la…
Oh ye, bila cakap pasal
jalan-jalan and bercuti ni, teringat pulak last time pegi bercuti ngan family..
best la jugak.. kat Melaka.. kami stay kat condotel kat mane tah.. yang ada
cowboy town semua tu.. tak berapa ingat dah.. dah lama… tapi memang best la…
ada banyak gak performance best malam2 kat situ. Ada gajah, persembahan tarian,
orang yang ala2 red Indian tu… macam2 lagi la…
Lepas tu, masa hari kedua kat
situ, kami diberi makan free tau kat sebuah restoran hotel ni.. pun tak
ingat dah nama apa… kitorang breakfast kat sana… Makanan dia sedap jugak..
banyak jugak kami makan.. ye la, sebab kalau dah keluar tu, tak boleh masuk
lagi dah.. sebab setiap orang cuma boleh masuk kalau ada kupon dia.. so,
kami makan la puas2.. hehe.. yang nak tergelaknya, kakak siap bawak balik
lagi makanan untuk anak dia yang dekat condotel tu.. rasa macam apa pulak.. ^_^
Pastu kami sempat lagi ambil
gambar kat situ.. cantik sangat landskap kat tempat tu.. kat situ pun ada satu
kolam ikan.. cantik la jugak.. ni gambar dia..
Oh ye, bila cakap pasal ikan and
tengok gambar ikan, teringat pulak dekat satu cerita ni.. cerita ni saya ambil
dari satu tazkirah. Tentang perumpamaan ikan dalam hidup kita..
Ceritanya macam ni…. Dalam sebuah
sungai, tinggallah beberapa kelompok ikan. Banyak sangat. Ada yang baik, dan
ada jugak yang tak berapa baik… nakal-nakal la.. yang baik ni selalu bagi
nasihat dan teguran kepada yang nakal-nakal tu..
“Kawan-kawan, korang tahu tak kat
atas daratan sana tu ada banyak sangat manusia. Mereka semua tu bukannya baik
sangat. Mereka selalu aniaya kita. Mereka tangkap kita guna umpan yang ada mata
kail yang sangat tajam. Korang semua kalau nampak je umpan tu, janganlah makan
tau. Dalam umpan tu ada mata kail yang tajam."
“Kalau kena mata kail tu, memang
takda harapan lagi untuk kita hidup tau. Sakit sangat. Lepas tu, mereka akan
biarkan kita menggelupur kesakitan sampai lah kita mati. Seksa tau mati dengan
cara tu. Kawan-kawan semua nak ke jadi macam tu?”
“Tak cukup dengan tu, mereka akan
belah perut kita. Buang organ kita. Buang insang kita. Mereka potong-potong
kita guna pisau tajam.”
“Lepas tu mereka letak kita dalam
minyak yang sangat panas. habis kering kulit kita, isi kita, tulang kita.
Mereka biar je kita dalam minyak panas. Lepas tu mereka makan kita. Setiap
anggota badan kita dikunyah-kunyah tanpa belas kasihan.”
“Kawan-kawan semua mesti tak nak
jadi macam tu kan? Korang tak sayang ke nyawa korang?”
Berbuih mulut si ikan yang baik
tu menasihati kawan-kawannya. Kemudian ada seekor ikan yang nakal tu membalas
dengan rasa meninggi diri.
“Karut la. Kami tak takut la
dengan semua tu. Kau tak payah la nak nasihatkan kami”
“Kamu semua tak sayang nyawa kamu
ke? Sebelum ni dah ramai kawan-kawan kita yang dah mati angkara perbuatan
manusia semua tu. Sebab makan umpan merka.” Balas si ikan yang baik tu.
“Kami tak peduli la dengan semua
tu. Kami takkan tertipu la dengan manusia.” Balas ikan yang nakal itu dengan
riaknya.
Setelah beberapa lama kemudian,
terdengar lah berita tentang banyak kematian dalam kalangan ikan-ikan yang
nakal-nakal itu. Semuanya angkara termakan umpan manusia. Segala-galanya telah
pun terlambat kerana mereka tidak mengikuti nasihat ikan-ikan yang baik itu
agar jangan sesekali tertipu dengan manusia. Semua ikan yang telah mati itu tak
mungkin dapat hidup lagi di dalam sungai itu.
Macam tu la cerita dia.. Banyak
pengajaran sebenarnya yang boleh kita ambil dari cerita tu. Sama lah
perumpamannya dengan kehidupan manusia. Perumpamaan yang dapat kita tengok
ialah adanya ikan-ikan yang baik dan nakal samalah seperti manusia yang
mengikut jalan Allah dan yang menyimpang dari jalan Allah. Umpan ataupun mata
kail adalah saat-saat ajal kita. Jika ikan yang nakal itu makan umpan dan mata
kail itu, samalah seperti orang yang menyimpang dari jalan Allah yang mati
dalam keadaan yang kurang baik. Perbuatan manusia terhadap ikan semasa disiang,
dimasak dan dimakan samalah seperti seksaan orang-orang yang menyimpang dari
jalan Allah di alam barzakh dan akhirat.
Dalam dunia ni, ramai manusia
yang baik dan ada juga yang sebaliknya. Maksudnya, orang yang mengikut jalan
Allah dan yang manyimpang dari ajaran Allah s.w.t. Zaman kita sekarang gak dah ada ramai
pendakwah-pendakwah. Kita pun sering kali diberi peringatan tentang datangnya
ajal dan hari kiamat.
Allah dah banyak sebut dalam
Al-Quran tentang amaran-amaran dan amalan-amalan untuk mempersiapkan diri
menempuh kematian dan hari akhirat. Dah
banyak pendakwah sampaikan kepada kita sejak dari Rasulullah sendiri. Tak cukup
dengan tu, kadang-kadang ada juga orang lain macam keluarga kita dan kawan kita
yang mengingatkan kita.
Tapi, masih ada juga yang tidak
mahu mengikutnya. Walaupun ada banyak perkara yang berlaku terhadap orang lain
sebagai balasan terhadap mereka atas perbuatan mereka yang tidak baik, namun
masih ada yang tidak tahu mengambil ikhtibar dari semua perkara tersebut.
Hinggalah sampai masanya, dia pula yang menerima balasannya. Namun, segalanya
sudah terlambat. Mereka pun tak mungkin dapat hidup lagi kat dunia ini untuk memperbetulkan kesilapan
mereka.
So, kawan-kawan, janganlah jadi seperti ikan-ikan nakal yang lupa dengan wajah Sang Umpan. :)





0 comments:
Post a Comment